OBJEKTIF
- Pembangunan Pusat Sumber - Senarai semak aktiviti pelaksanaan di sekolah adalah bertujuan :
- Supaya pihak sekolah dapat menjadikan garis panduan aktiviti untuk merancang dan melaksanakan program Pusat Sumber Sekolah.
- Untuk membolehkan pihak sekolah melaksanakan aktiviti secara sistematik dan menyeluruh.
- Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. Dapat mengadakan perkhidmatan yang sistematik untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran kepada warga sekolah.
- Dapat memupuk persaingan dalam konteks kepimpinan bagi mencapai kecemerlangan.
- Mencetuskan idea inovasi ke arah aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan.
- Supaya pihak sekolah dapat mengadakan satu sistem penilaian dan pengiktirafan.
- Supaya dapat mengwujudkan satu sistem dokumentasi dan rekod untuk keperluan semasa.
- Supaya dapat merancang aktiviti-aktiviti galakan membaca.
- Supaya dapat membuat kajian penyelidikan dan semakan semula terhadap aktiviti yang dilaksanakan.
SENARAI CADANGAN AKTIVITI PSS
- Minggu Bahasa Melayu (Tindakan Panitia BM)
- Minggu Bahasa Inggeris (Tindakan Panitia Bahasa Inggeris)
- Minggu Bahasa Arab (Tindakan Panitia Bahasa Arab)
- Minggu Sains dan Teknologi (Tindakan Panitia Sains dan TMK)
- Minggu Matematik (Tindakan Panitia Matematik)
- Minggu Pendidikan Islam (Tindakan Panitia Pendidikan Islam)
- Minggu Seni Visual (Tindakan Panitia Kesenian)
- Minggu Reka Cipta dan Kreativiti (Tindakan Panitia RBT/TMK)
- Minggu Sejarah dan Patriotisme (Tindakan Panitia Sejarah)
- Bulan Sastera - September (Tindakan GC BM & GPM)
- Bulan Merdeka - Ogos/September (Tindakan GPBK & GPM)
- Bulan PSS - Julai (Tindakan GPM)
- Kem Membaca 1 Malaysia - Oktober (Tindakan GPM & P. NILAM)
- Sesi Fotografi - Februari (Tindakan GPM)
- Program Keceriaan & 5S - Sepanjang tahun (Tindakan GPM & JK Keceriaan)
- Rakaman dan Dokumentasi - Ikut Permintaan (Unit Rakaman)
- Persembahan Multimedia - Ikut Permintaan (Unit ICT Multimedia)
- Kursus Penulisan Blog - Ferbruari (Tindakan GPM & GPB)
- LaDaP - Februari/Julai
- Kursus Proses Teknik - Mac (Tindakan GPM & GPB)
- Program NILAM - Sepanjang Masa (Tindakan P. NILAM & GPM)
- Pameran Bertema - Ikut Peristiwa (Tindakan GPM)
- Ke Arah PSS Digital - Sepanjang Tahun (Tindakan GPM & GPB)
- Projek ADD - Mei (Tindakan GPM)
- Pemilihan Calon NILAM 2015 - April (Tindakan P. NILAM & GPM)
- Pertandingan PSS dalam Kelas - Mei - September (GPM)
- Minggu Alam Sekitar - (Tindakan Pendidikan Khas & GPM)
- Perkampungan Bahasa dan Sastera Melayu (Tindakan GC BM)
- VLE Frog - Sepanjang tahun (Tindakan JK VLE Frog)
No comments:
Post a Comment