PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Jenis-jenis perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh sesebuah Pusat Sumber Sekolah bergantung kepada keperluan guru-guru dan pelajar-pelajar sebagai pengguna, kemampuan kewangan dan juga bilangan kakitangan terlatih, yang ada di sekolah. Dalam merancang perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah, keutamaan hendaklah diberikan kepada empat asas, iaitu Perkhidmatan Perpustakaan, Perkhidmatan TV Pendidikan, Perkhidmatan Radio dan Perkhidmatan Alat Pandang Dengar.
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Perkhidmatan ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru dan pelajar- pelajar mendapatkan maklumat-maklumat tambahan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Ia juga bertujuan mengadakan kemudahan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza. Semua maklumat yang diperolehi terutamanya buku-buku hendaklah diproses dan diklasifikasikan mengiku Sistem Perpuluhan Dewey dan dikatalog supaya mudah dikesan oleh pengguna. Rak-rak buku hendaklah dilabel mengikut bidang ilmu tertentu supaya dapat dilihat dengan jelas.
Sistem pinjaman yang adil dan saksama patut diwujudkan. Buku-buku biasa bolehlah dipinjam dan dibawa balik oleh pengguna untuk tempoh yang telah ditetapkan. Perkhidmatan perpustakaan juga boleh mengadakah pelbagai aktiviti untuk menghidupkan suasana di Pusat Sumber Sekolah. Tiap-tiap kelas diberi peluang menggunakan perkhidmatan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada waktu persekolahan.
PERKHIDMATAN TV PENDIDIKAN/EDUWEBTV.COM
Sebagai media pendidikan, TV turut memberi kesan dalam proses pembelajaran. Perkhidmatan TV Pendidikan boleh diadalah secara langsung/online atau secara off-air/offline. Penggunaan secara langsung ini biasanya digunakan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai alat perakam video. Perkhidmatan secara “off-air” boleh digunakan bila-bila masa yang difikirkan sesuai kerana rancangannya telah dirakamkan terlebih dahulu.
Setiap rancangan yang digunakan oleh guru-guru dan para pelajar sama ada secara langsung atau secara “off-air” mesti dicatatkan di dalam Buku Rekod Penggunaan TV Pendidikan. Rekod ini dapat membantu pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah mengetahui tahap penggunaan program media ini.
PERKHIDMATAN ALAT PANDANG DENGAR
Perkhidmatan ini ditawarkan bagi memberi pinjaman alat-alat pandang dengar kepada para guru dan pelajar. Koleksi alat-alat pandang dengar ini perlu juga dikatalogkan. Guru BBM hendaklah menyediakan katalog- katalog alat dan mengedarkannya supaya berada dalam pengetahuan guru-guru mengenai kemudahan-kemudahan yang boleh didapati dan digunakan.
Setiap penggunaannya hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Rekod ini adalah sangat penting bagi mengesan alat-alat yang telah dipinjam. Bengkel pembinaan alat atau media kos rendah perlulah diadakan bagi menambahkan koleksi bahan. Antara bahan/ media kos rendah yang boleh dibuat ialah seperti peta, carta, transparensi OPH, pita slaid dan sebagainya.
Bagi menjamin perkhidmatan yang berterusan, guru BBM perlu menentukan semua alatan di “service” dari masa ke semasa. Stok alat- alat ganti seperti mentol, bateri dan sebagainya hendaklah sentiasa ada untuk digunakan apabila perlu.
PERKHIDMATAN KHAS
Perkhidmatan ini sama pentingnya dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain di Pusat Sumber Sekolah. Guru Perkhidmatan Khas boleh mengumpul sebanyak mungkin maklumat-maklumat dalam pelbagai bidang ilmu. Maklumat-maklumat ini boleh didokumentasikan, dicetak dalam bentuk risalah, dikatalog dan diletakkan dalam Pusat Sumber Sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan oleh perkhidmatan ini ialah menganjurkan majlis ceramah dan juga demonstrasi seperti tokoh-tokoh sejarah dan pakar-pakar dalam bidang tertentu.
KHIDMAT NASIHAT
Perkhidmatan ini diwujudkan adalah semata-mata untuk memberi nasihat kepada semua pengguna mengenai hal yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Unit ini akan memberi panduan dan tunjuk ajar mengenai proses pinjaman, pencarian bahan, lokasi bahan, merekod dan sebagai.
WAKTU PERKHIDMATAN
Pusat Sumber Sekolah sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan terutama pada waktu-waktu yang telah ditetapkan sama ada melalui tempahan, jadual penggunaan yang diatur dan sebagainya.
PERKHIDMATAN PSS SKLKTP JENGKA 13
1. Perpustakaan
Membaca dan membuat rujukan koleksi buku dan bahan bacaan lain
Peminjaman menerusi kaunter pinjaman
Ruang dan sudut bacaan guru murid
Laluan bestari dengan pameran bertema
Sudut Rakan pembaca
Perpustakaan Digital
2. Bilik Operasi Nilam
Proses teknik pengagihan program pukal Projek NILAM setiap kelas
Info NILAM
Koleksi bahan bacaan Program NILAM
Pemeran bertema
3. Bilik SAL
Koleksi rujukan mengikut tahap dan mata pelajaran
Koleksi alat permainan dalam (indoor games)
Koleksi Kad SAL
Karel (sudut bacaan individu) dengan kemudahan audio
Pameran bertema
Ruangan aktiviti
4. Bilik Bahan Bantu Mengajar
Koleksi carta, jadual, dan pelbagai bahan bantu
Pinjaman BBM/BBB
Koleksi peralatan membina bahan bantu seperti mesin leminate, polesterina cutter, kad
Ruangan penghasilan bahan
5. Bilik Tayangan AV
TV
LCD Projektor
Koleksi Eduwebtv.com dalam bentuk CD
Alat Muzik
PA System
Ruangan Tayangan
Pameran bertema
6. Makmal ICT (Makmal Komputer & MBMMBI)
Akses internet 1Bestarinet (20 buah komputer)
Koleksi CDRI
Pameran bertema
Internet tanpa wayar
7. Bilik Stor Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Koleksi bahan bantu mengajar dan aktiviti sukan/kokurikulum
Peralatan kokurikulum
Pameran bertema
8. Bilik Makmal Sains
Bahan bantu mengajar mata pelajaran Sains
Pameran bertema
Ruang pembelajaran dan kaijian Sains
9. Bengkel RBT
Bahan bantu dan peralatan mengajarRBT
Ruang Bengkel
Pameran bertema
10. Kedai Buku Sekolah
Jualan alat tulis dan buku
Perkhidmatan Fotostat
11. Bilik TV PSS
Perkhidmatan TV sekolah setiap pagi dan waktu rehat
Peralatan siar raya
Koleksi CD/DVD
12. Bilik Pemulihan
Koleksi bahan bantu mengajar pemulihan
Ruangan pembelajaran
Sudut pameran bertema
13. Bilik Statistik dan Dokumentasi
Fail untuk kajian dan rujukan
Koleksi kecemerlangan sekolah
Pameran bertema
14. Galeri
Koleksi Kecemerlangan dan pencapaian sekolah
Koleksi bahan arkeb sumbangan guru murid
Koleksi karya murid dan guru
Pameran bertema
15. Bilik Rawatan
Kemudahan rawatan kecemasan
Kemudahan bilik untuk operasi Jabatan Kesihatan
Pameran Bertema
16. Bilik Kelas
Ruang dan peralatan lengkap PDPc PAK21
Sebilangan kelas dilengkapi peralatan elektronik dan komputer
Sudut PSS dan NILAM
Pameran bertema dan kenyataan kelas
17. Laluan PPDa
Info semasa PPDa
Sudut santai PPDa
Pameran bertema
18. Bilik Kaunseling
Sistem fail
Info kaunseling
Koleksi bahan bacaan
Pameran bertema
19. Bilik Pendidikan Kesenian
Peralatan dan bahan PDPc Kesenian
Pameran koleksi karya murid
Pameran bertema
20. Taman & Laman Ilmu
Koleksi bahan bacaan dan Program NILAM
Info dan pameran bertema
PA system
21. Kantin Sekolah
Sudut Info Sihat
Pameran Bertema
Taman Herba
22. Prasekolah
Peralatan Audio Visual
Ruangan PDPc PAK21
Bahan Bantu Mengajar
Pondok bacaan
Pameran bertema
23. Bumi Hijau
Taman sayur dan pokok buah-buahan
Info pertanian
Tapak semaian bunga
Peralatan perkebunan
Kolam Ikan
24. Sudut Sekolah Selamat
Pengedaran peralatan keselamatan dan kecemasan
Pameran bertema
25. Sudut Duduk Membaca
Koleksi bahan bacaan ringan
Pameran bertema
26. Bilik Operasi SPBT
Proses teknik SPBT
Setor SPBT
27. Unit Rakaman dan Siar raya
Merakam semua aktiviti sekolah dan pembabitan sekolah
Menerima dan melaksanakan aktiviti Siar Raya PKG, Kelompok, Daerah dan Negeri (jika dipanggil)
28. Unit PSS dan Komuniti
Mengintegrasikan aktiviti yang bersesuaian dengan komuniti seperti
PSS dan PJK ( Projek Jalur Lebar Komuniti),
Pepustakaan Keluarga
Wakaf Buku (Projek mengumpul buku untuk Program NILAM)
No comments:
Post a Comment